fbpx
Suspek melarikan wang tunai dari BJ’S Meat Market dalam keadaan tanpa seurat benang semalam. - Google St View

Lelaki rompak pasar tanpa seurat benang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LAKE CITY, FLORIDA – Seorang lelaki ditahan selepas merompak sebuah pasar menjual daging di negeri Florida dalam keadaan tanpa seurat benang dan hanya memakai topeng muka, lapor akhbar New York Post. 

Kobe Watkins, 24, melarikan diri dengan wang tunai sebanyak AS$1,000 (RM4,053) dari BJ’S Meat Market yang terletak di Lake City semalam. 

Jabatan Polis Lake City berkata, suspek mengambil wang dari kotak penyimpanan wang sebelum melarikan diri. 

“Watkins bukan sahaja tidak memakai sebarang pakaian, malah dia turut memiliki senjata,” kata jabatan itu. 

Beberapa pekerja memberitahu bahawa suspek dipercayai membawa senjata yang dibalut dengan kain. 

Suspek diberkas selepas ditemukan oleh pihak berkuasa dan tiada kecederaan dilaporkan, demikian menurut polis. 

Dia dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan sebelum dimasukkan ke dalam Penjara Columbia County. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI