fbpx
Tangkap layar video menunjukkan Dika mengeluarkan sejumlah reptilia dari dalam bajunya. - TikTok

Budak tangkap 8 ekor ular demi upah RM13 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Garut, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila sanggup menangkap lapan ekor anak ular demi ganjaran sebanyak 50,000 rupiah (RM13), lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah.II menunjukkan kanak-kanak dikenali sebagai Dika itu mengeluarkan sejumlah reptilia dari dalam bajunya. 

Dia kemudian memberikan ular-ular itu kepada seorang lelaki sebelum menerima wang sebagai ganjaran. 

Lebih mengejutkan, dia sanggup tidak pulang ke rumah untuk menangkap ular-ular itu dengan tangan kosong. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Macam pegang mainan,” kata seorang netizen. 

“Dia tidak takut dengan ular,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN