fbpx
Sultan Ibrahim menerima menghadap Mohamed Khaled di Istana Pasir Pelangi hari ini.

Agong dipersembah taklimat perkembangan terkini ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Istana Pasir Pelangi, hari ini.

Pertemuan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Seri Paduka Baginda dalam memantau serta mengambil maklum hal ehwal keselamatan dan pertahanan negara.

Dalam sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk aspek kesiapsiagaan, kebajikan anggota serta keupayaan pertahanan negara secara keseluruhan.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Menteri Pertahanan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kementerian dalam memastikan Seri Paduka Baginda sentiasa dimaklumkan mengenai keadaan dan keperluan semasa ATM.

Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana penuh hormat dan tertib selaras dengan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi ATM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI