fbpx
(Gambar kecil) Azizee. Tangkap layar keadaan mangsa yang dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah premis makanan di Sungai Bakap, semalam.

2 suspek diberkas bantu siasatan kes lelaki maut diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut selepas dipercayai diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran di Sungai Bakap di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, dua lagi lelaki dikatakan turut mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Sungai Bakap.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, dua suspek ditahan bagi membantu siasatan termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian berlaku.

“Suspek terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jawi petang ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang mangsa lelaki berusia 59 tahun maut dalam kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki bersenjata parang.

Mangsa dikatakan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Sebelum itu, tular video berdurasi 14 saat yang memaparkan keadaan dua mangsa dalam keadaan parah di dalam sebuah premis makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI