fbpx
ZII JIA boleh diletakkan sebagai perseorangan ketiga untuk aksi Piala Thomas yang boleh menjadi kekuatan buat skuad negara.

Zii Jia strategi ampuh di Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD badminton negara memiliki peluang untuk mencabar kejuaraan menjelang saingan Piala Thomas 2026 yang dijadualkan berlangsung di Horsens, Denmark bermula 24 April hingga 3 Mei tahun depan.

Keyakinan itu dilaungkan pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia apabila mengambil kira prestasi pemain-pemain Malaysia ketika ini meskipun sedar ia bukanlah satu tugas mudah buat mereka.

Jelasnya, kedudukan perseorangan profesional, Lee Zii Jia yang boleh diturunkan sebagai pemain perseorangan ketiga buat masa sekarang dianggap sebagai satu strategi terbaik buat Malaysia.

Justeru, Aaron berharap pemain-pemain perseorangan lelaki termasuk Zii Jia, Leong Jun Hao, Ng Tze Yong dan Justin Hoh dapat kembali ke prestasi terbaik bagi membantu pasukan di Piala Thomas nanti.

“Macam saya cakap, peluang itu memang ada dan memang kita mengharapkan pemain-pemain seperti Zii Jia, Jun Hao, Tze Yong dan Justin untuk kembali. Kita memerlukan satu pasukan yang kuat untuk acara berpasukan.

“Itu (Zii Jia perseorangan ketiga) memang strategi yang bagus juga kerana dulu kita tengok Lin Dan pernah bermain sebagai perseorangan ketiga. Bagi saya, itu memang satu strategi yang baik,” katanya.

Berdasarkan kedudukan semasa ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Zii Jia menghuni tangga ke-144 selepas berehat lama daripada saingan kompetitif bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan kecederaan.

Sementara itu, Aaron menegaskan, dia tidak meminta ranking Zii Jia supaya terus merudum, sebaliknya menganggap ia hanya sebagai percaturan untuk meningkatkan peluang mencatat kemenangan di Piala Thomas.

“Itu merupakan salah satu strategi, tetapi bukan suruh dia turun hingga ranking bawah, ia memang ideal. Peluang itu memang ada,. tetapi agak kurang jika dibandingkan dengan Piala Sudirman,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN