fbpx
Suspek wanita ditahan bersama bunga ganja di tepi Jalan Kuala Kedah dekat Alor Setar, Sabtu lalu.

Wanita dicekup bersama bunga ganja di tepi Jalan Kuala Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang wanita tempatan berusia 27 tahun dicekup bersama satu peket plastik lut sinar mengandungi bunga ganja di tepi Jalan Kuala Kedah di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, tangkapan itu dilakukan susulan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

“Suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

“Hasil tangkapan, polis merampas satu peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis bunga ganja dengan anggaran berat 1,047 gram bernilai kira-kira RM33,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, polis turut merampas sebuah motosikal yang ditunggang suspek semasa tangkapan dilakukan.

“Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati keputusan negatif, namun semakan mendapati wanita itu mempunyai rekod lampau melibatkan beberapa kes dadah,” ujarnya.

Tambahnya, suspek direman selama tujuh hari bermula Ahad lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI