PETALING JAYA – Rata-rata pengguna jalan raya terkejut melihat aksi seorang wanita yang tanpa segan silu membuka pakaian semasa berada di atas bumbung sebuah kereta.
Aksi wanita itu telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum klip video tersebut tular di media sosial.
Berdasarkan klip video tersebut, wanita berkenaan telah membuka bajunya semasa berada di atas bumbung sebuah kereta jenis Proton Saga.
Pada masa sama, turut kelihatan seorang lelaki cuba memujuk wanita berkenaan untuk turun dari bumbung kereta tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna mendakwa kejadian tersebut berlaku di Sandakan, Sabah dan juga di Pulau Pinang.
Bagaimanpun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian itu dan tarikh sebenar klip video tersebut dirakam.
Selain itu, ada pengguna mendakwa wanita itu berada di bawah pengaruh alkohol ataupun mengalami masalah kesihatan mental kerana ‘beraksi’ tidak senonoh di khalayak ramai.
“Siang-siang pun mabuk ka?,”soal Nura Hamid.
“Macam kat negara omputih pulak ya. Berbikini,”tulis Roha Rohani Abd Razak. – KOSMO! ONLINE














