PETALING JAYA – Nama pegawai polis yang kini digantung tugas, ‘Inspektor Sheila’ sekali lagi menjadi sorotan media sosial apabila tular video memaparkan wanita itu mencetuskan kekecohan di sebuah premis.
Menerusi rakaman dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai @Apa.barang.ada hari ini, kelihatan ‘Inspektor Sheila’ sedang ‘berlawan mulut’ dengan seorang wanita bertudung dipercayai merupakan pengurus di restoran terbabit.
“Kerja je pun, staf. Kau siapa, kau siapa. Dahlah pendek,” jerkah ‘Inspektor Sheila’ terhadap wanita bertudung tersebut.
Pengurus tersebut kemudiannya beredar dari kawasan tersebut sambil ‘Inspektor Sheila’ ditenangkan oleh orang sekeliling yang berada di situ.
Difahamkan, ‘Inspektor Sheila’ telah digantung tugas sejak 23 Jun 2023, seiring beberapa kes lain yang pernah dikaitkan dengannya termasuk menghina seorang anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas.
Sebelum ini juga beberapa kali nama ‘Inspektor Sheila’ tular kerana didakwa menimbulkan kekecohan di beberapa tempat seperti di kedai makan dan menganggu tugas polis. – KOSMO! ONLINE
@apa.barang.ada Begaduh aje keje nya dia ni,fury / byon boleh try call dia,suruh dia sign contract😅 #inspectorsheila #gaduh #viral #fyp ♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto














