fbpx
KAH WEE didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan menyerahkan akaun perniagaan miliknya sebagai keldai akaun untuk sindiket penipuan pelaburan, Oktober lalu.

Tukang masak dituduh jadi keldai akaun scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Seorang tukang sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menyerahkan akaunnya kepada sindiket penipuan pelaburan.

Tertuduh, Cheok Kah Wee, 25, yang telah menghadapi beberapa pertuduhan memiliki keldai akaun untuk membuat pinjaman peribadi bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa terbabit secara tidak langsung dalam transaksi kemasukan wang yang didaftarkan atas nama syarikat internet yang dimilikinya.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Kampung Melayu dan Kampung Melayu Sungai Jong, Mukim 18, Parit Sulong antara 30 dan 31 Oktober lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424C (1) Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM150,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yang.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya beserta syarat tambahan.

Mahkamah kemudian mengenakan ikat jamin RM16,000 bagi kesemua pertuduhan dan memerintahkannya melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan.

Tertuduh juga didakwa memiliki beberapa kes di daerah lain, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Muar serta Mahkamah Sesyen Ipoh atas kesalahan sama.

Kes disebut semula 27 Januari depan untuk serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN