fbpx
Pembantu rumah itu meletakkan cecair pencuci Dettol ke dalam susu anak majikan. - Facebook

Pembantu rumah letak Dettol dalam susu anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand memberi amaran kepada ibu bapa lain selepas pembantu rumahnya ditangkap kerana memasukkan cecair pembasmi kuman ke dalam susu anak lelakinya, lapor portal berita Thaiger. 

Perkara itu dikongsi di platform Facebook oleh akaunnya, Yokey R. 

Pemilik akaun berkata, pembantu rumah dikenali sebagai Usanee itu diupah untuk bekerja selama satu hari selepas pembantu rumah tetap mengambil cuti. 

Usanee diarahkan untuk membersihkan rumah kerana pembantu rumah lain telah ditugaskan untuk menjaga anaknya yang dikenali sebagai Kirin. 

Kejadian berlaku apabila nenek majikan menyedari bau kimia yang kuat daripada susu Kirin selain mempunyai rasa pahit. 

Keluarga tersebut segera memeriksa rakaman kamera keselamatan dan mendapati Usanee menuangkan cecair pencuci Dettol ke dalam susu Kirin sebelum diletakkan di tempat asal.

Rakaman sama mendedahkan Usanee tidak membersihkan rumah, sebaliknya hanya berjalan dan mengambil gambar pelbagai barangan di dalam rumah itu.

“Saya telah menghantar susu yang tercemar ke sebuah makmal untuk ujian lanjut dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Usanee,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN