fbpx
Tangkap layar memaparkan lelaki bersenam di dalam koc MRT.

‘Pelik-pelik orang sekarang, nak sihat pergi cari pokok bang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang bersenam di dalam koc Transit Aliran Massa (MRT) mengundang perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian video di Threads oleh @hasmilawati, lelaki berkenaan dilihat melakukan aksi ‘pull-up’ menggunakan palang pemegang penumpang di dalam MRT ketika tren sedang bergerak.

“Pelik-pelik orang sekarang. Nak sihat pun tunggu sampai nanti, pergi cari pokok bang. Tidak faham lah saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut menegur tindakan tersebut dan menganggap tidak sesuai dilakukan menggunakan kemudahan awam.

“Tidak semua benda yang biasa dibuat di Eropah boleh dilakukan di negara Asia,” komen bololowies.

“Boleh buat laporan dekat orang ni. Merosakkan harta benda awam. Nanti peluh dah berbau pulak satu tren,” kata Afiq Mustafa.

“Aksi awak memang menarik tetapi itu bukan tempatnya. Tolong jangan normalisasikan perkara biasa dibuat di barat, di bawa ke sini,” komen Aiman Aliff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN