fbpx
Siti Mariam Mohd. Noor dan Mohd. Nazri Ismail menjemput Oyen di Kuala Selangor, Selangor hari ini.

‘Oyen nampak sihat, tapi macam trauma’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seekor kucing bernama Oyen akhirnya kembali ke pangkuan pemiliknya hari ini setelah lebih seminggu tersesat dari Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Sekinchan, Selangor.

Pemilik kucing berusia dua tahun itu, Siti Mariam Mohd. Noor, 43, berkata, dia bersama suaminya, Mohd. Nazri Ismail, 45, menjemput Oyen di rumah anak saudara mereka di Kuala Selangor pagi tadi.

“Alhamdulillah, kami sudah ambil Oyen dan kini dalam perjalanan pulang ke Kedah. Oyen nampak sihat, tetapi macam trauma sikit sebab takut-takut bila jemput.

“Mungkin Oyen berjumpa dengan ramai orang yang tidak dikenali sepanjang tempoh ia sesat. Sebelum ini Oyen diam dalam rumah sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, dia akan membawa Oyen ke klinik haiwan untuk pemeriksaan sebaik tiba di Kedah nanti.

Akhbar ini baru-baru ini memaparkan gelagat Oyen yang sesat dipercayai menaiki sebuah lori tanpa disedari pemandunya dari Bukit Kayu Hitam ke Sekinchan, Selangor sebelum ditemukan oleh anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN