PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas rakan serumah membiarkan makanan sehingga berulat.
Menerusi hantaran pengguna Threads, makanan tersebut dipercayai sudah lebih seminggu berada di bawah tudung saji rumahnya.
“Rumah ini dua tingkat dan ada 10 orang termasuk saya dan rakan sebilik. Jadi, lagi lapan orang itu memang kami tak kenal dan mereka bekerja.
“Masing-masing dah besar tolong tunjuk contoh elok sikit pada kami, adik-adik diploma ini. Sudahlah pakai pinggan kawan saya, geli nak buang,” katanya.
Tinjauan di ruang komen mendapati ramai turut berkongsi pengalaman sama dengan rakan serumah yang pengotor.
“Pengalaman aku duduk menyewa, yang cantik memang selalu pengotor. Aku sampai geli nak buang sampah sisa makanan,” komen @Kimiziguller_ana16.
“Setiap hujung minggu, saya memang balik rumah. Bila balik rumah sewa, nasi berulat dalam periuk, sampah pun berulat,” komen @Privvf1ee.
“Pernah kena dengan telur busuk sampai naik ulat dan berair. Tapi pemilik telur boleh tutup mata dan masak nasi goreng sebelah telur busuk itu,” komen @Nazzehan. – KOSMO! ONLINE














