fbpx
Muhyiddin.

Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memgumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Muhyiddin berkata, perkara itu berkuat kuasa Khamis ini.

“Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebsgai Pengerusi Perikatan Nasional berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberikan sepenuh sokongan kepada saya selama saya memimpin PN sejak penubuhannya lima tahun lalu,”kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepimpinan dan parti-parti anggotanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI