fbpx
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup memaparkan imej suspek di sebuah kedai emas di Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu.

Lelaki berkopiah samun kedai emas direman lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Suspek kes cubaan melarikan barangan kemas di Paka, Dungun pada minggu lalu direman sekali lagi selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menggunakan wang palsu untuk membeli gelang tangan emas di Chabang Tiga di sini pada dua minggu lalu.

Perintah reman tersebut sehingga Jumaat ini dibenarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak di Mahkaman Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sebelum ini, lelaki berusia 33 tahun tersebut telah direman oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun bagi membantu siasatan cubaan melarikan seutas rantai leher di sebuah kedai emas di Paka, Dungun pada 25 Disember lalu.

“Kita percaya dia merupakan individu sama yang cuba membeli seutas gelang tangan menggunakan wang palsu RM30,000 di sebuah kedai emas di Chabang Tiga di sini pada 18 Disember lalu.

“Ia berikutan kenderaan yang digunakan suspek dalam kedua-dua kes dipercayai sama iaitu kereta Perodua Axia bernombor pendaftaran palsu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, modus operandi digunakan bagi kes di Chabang Tiga dan Paka tersebut juga sama iaitu suspek berkopiah dan memakai pelitup muka.

Kosmo! 20 Disember lalu melaporkan sebuah kedai emas di Chabang Tiga di sini nyaris kerugian RM30,000 apabila seorang ‘pelanggannya’ cuba membeli gelang tangan menggunakan wang palsu semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI