PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal menegaskan Konvensyen Khas Pemuda UMNO akan diteruskan seperti dijadualkan.
Menurut beliau, Pemuda UMNO tidak akan takut dan tidak akan mengalah daripada mengadakan konvensyen tersebut.
“Insya-Allah kita jumpa 3 Januari ini. ‘No fear No surrender’,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Dr. Muhamad Akmal sebelum ini memaklumkan, Pemuda UMNO akan menganjurkan konvensyen khas bagi membincang, meneliti serta membuat keputusan mengenai hala tuju parti khususnya berkaitan kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan.
Konvensyen bertajuk ‘Hala Tuju UMNO: Kekal Atau Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan’ itu akan berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara. – KOSMO! ONLINE














