MELAKA – Seorang komando berpangkat koperal daripada Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Kem Sungai Udang cedera parah ketika melakukan aktiviti payung terjun di Pantai Klebang, di sini kelmarin.
Terdahulu, acara tersebut diadakan sempena Sambutan Tahun Baharu 2026 dan Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas (GGK) ke-60 di Encore, Melaka, bermula 27 Disember lalu sehingga esok.
Difahamkan, anggota yang bertugas sebagai pembantu jurulatih Cawangan Payung Terjun Pulpak itu mengalami kecederaan patah tulang rusuk kanan selain disyaki retak di tulang leher.
Akibat kejadian mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka. – KOSMO! ONLINE














