fbpx
GRAY muncul wira Spurs apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika mereka menewaskan Palace awal pagi semalam. - AFP

EPL: Spurs bangkit ubah nasib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Thomas Frank menjadi individu paling gembira selepas menyaksikan pasukannya mencatat kemenangan dengan membenam cabaran Crystal Palace 1-0 di Selhurst Park awal pagi semalam.

Kemenangan itu cukup penting untuk masa depan Frank selepas berdepan dua kekalahan sebelum ini sehingga menyebabkan masa depannya mula diperkatakan, selain mungkin berdepan pemecatan.

Gol tunggal perlawanan menerusi Archie Gray hasil situasi bola mati menyaksikan Spurs menutup tahun 2025 dengan meraih tiga mata sekali gus membuatkan Frank berpuas hati dengan kesungguhan dan keinginan ditunjukkan para pemain.

“Sangat penting untuk memiliki dua elemen berkenaan bagi menghadapi musim Liga Perdana Inggeris yang panjang. Anda perlu turun ke stadium yang sukar seperti ini dan berjuang mendapatkan kemenangan serta tidak bolos. Ia kemenangan yang hebat.

“Saya tidak fikir ini adalah persembahan terbaik kami, tetapi saya gembira dengan kerja keras dan disiplin seluruh pasukan. Kami berjaya mencipta cukup peluang walaupun kehilangan ramai pemain di bahagian serangan,” jelasnya.

Spurs kini berjaya mendaki untuk berada di kedudukan ke-11 liga, namun masih kekurangan tujuh mata untuk meraih kedudukan yang membolehkan mereka layak ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

“Saya rasa kami masih berada di fasa transisi. Memang benar kami bermain di UCL, tapi adakah kami kelab yang layak beraksi di sana? Kami meraih tempat kerana slot juara Liga Europa bukan kerana kami salah satu daripada empat atau lima pasukan terbaik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI