fbpx
VILLA berada pada prestasi terbaik ketika ini selepas merakam 11 kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan setakat ini. - AFP

EPL: Kemenangan sempurnakan misi Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery tetap menghormati Arsenal lebih sekadar bekas majikan dan menganggap lawannya itu sebagai calon hangat untuk memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini.

The Villan bakal berkunjung ke Stadium Emirates dan jika mampu mengelak kekalahan, ia akan beri kesan besar buat The Gunners untuk pertahankan kedudukan di puncak liga.

“Kamu tanya saya tentang perlawanan menentang Arsenal? Jawapan saya perlawanan itu adalah sukar kerana bermain di Emirates adalah sesuatu yang sukar untuk diharungi.

“Cabaran kami selepas ini adalah yang paling sukar kerana sekarang mereka adalah pasukan terbaik. Arsenal bermain baik di Liga Perdana Inggeris dan juga di pentas Liga Juara-Juara.

“Namun, kami memiliki pemain berkualiti dan saya akan cuba menuntut sesuatu yang lebih tinggi dalam semua aspek,” katanya.

Walaupun sedang berada pada prestasi terbaik, Emery mengakui Villa belum layak untuk dilabel sebagai pencabar kejuaraan sekali pun mereka mampu meraih kemenangan pada aksi kali ini.

“Kami perlu lengkapkan 38 perlawanan. Kami melihat pasukan seperti Chelsea, Liverpool, Manchester United adalah pencabar utama dan kami perlu kekal konsisten,” jelasnya.

Kemenangan kali ini menyaksikan Villa bakal memiliki rekod sempurna bertemu Arsenal selepas mereka meraih kemenangan 2-1 pada aksi pusingan pertama di Villa Park pada 6 Disember lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN