fbpx
RICE mungkin akan turun beraksi sebagai pemain bek tengah menentang Villa ekoran isu kecederaan yang dihadapi Arsenal. - AFP

EPL: Isu ‘menakutkan’ Arsenal muncul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Isu kecederaan sekali lagi menghantui Arsenal ketika mereka dalam misi memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti mana yang berlaku pada musim-musim sebelum ini.

Ketika mereka hanya memiliki kelebihan dua mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City, The Gunners perlu turun berdepan Aston Villa di Emirates awal pagi esok.

Kegagalan mengutip mata penuh hanya akan menyaksikan mereka mungkin terlepas kedudukan pendahulu sekiranya City mampu meraih kemenangan berdepan Sunderland.

Bagaimanapun, pengurus The Gunners, Mikel Arteta percaya anak buahnya mampu mengendalikan perlawanan dengan lebih baik sekali gus dapat memastikan kemenangan menjadi milik pasukannya.

“Kami mempunyai banyak isu (kecederaan) dan kami mampu mengendalikan perlawanan dengan cara baik. Declan (Rice) terpaksa bermain sebagai pertahanan dan kita boleh lihat prestasinya.

“Jika saya memintanya beraksi sebagai pemain sayap, dia tidak pernah menolak dan bersedia menerima cabaran. Semangat seperti itulah yang sentiasa memacu pasukan ini,” katanya.

Pada aksi dengan Brighton sebelum ini, dua lagi bintang The Gunners, Jurrien Timber dan Riccardo Calafiori mengalami kecederaan yang mungkin akan memberi impak kepada barisan pertahanan pasukan.

Ketika ini, Arsenal sudah pun hilang beberapa pemain lagi di barisan pertahanan seperti Cristhian Mosquera dan Ben White.

“Sikap kami ketika ini masih bagus. Kami berjaya mengharungi enam bulan pertama dengan baik, jadi kita akan saksikan lima bulan setengah lagi cabaran yang kami perlu hadapi,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN