JAKARTA – Sepasang warga emas di Ponorogo, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian ramai apabila membelikan cucunya sebuah kenderaan jenama Toyota secara tunai, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pojokbaca.id menunjukkan pasangan itu datang ke bilik pameran dengan sebuah beg berisi wang kertas.
Mereka membeli kenderaan jenis Toyota Fortuner berwarna putih menggunakan hasil menabung selama 10 tahun.
Apa yang menarik perhatian adalah pasangan warga emas itu berpakaian biasa dan memakai selipar.
Rakaman itu mencatatkan lebih 11,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Cucu yang beruntung,” kata seorang netizen.
“Atuk sayang nenek, jalan sambil pegang tangan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














