fbpx
PLA melepaskan tembakan roket ke udara semasa latihan tentera di Pulau Pingtan hari ini. – AFP

China tembak peluru hidup sekitar Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – China memulakan hari kedua latihan tembakan peluru hidup di sekitar perairan Taiwan hari ini, dalam simulasi kepungan ke atas pelabuhan-pelabuhan utama di pulau pemerintahan sendiri tersebut dan serangan ke atas sasaran maritim.

Latihan perang dua hari diberi nama bermaksud  ‘Misi Keadilan 2025’  itu bermula semalam dan dikecam oleh Taipei sebagai  ‘ugutan ketenteraan’.

China menyatakan hari ini bahawa Beijing mengerahkan kapal pemusnah, frigat, jet pejuang dan pengebom ‘untuk melakukan  latihan ketenteraan termasuk amaran dan pengusiran, serangan simulasi, serangan ke atas sasaran maritim, serta operasi anti udara dan anti kapal selam.

China menuntut Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayah kedaulatannya dan enggan menolak tindakan ketenteraan untuk merampas pulau pemerintahan demokrasi itu.

Wartawan AFP di Pingtan iaitu pulau milik China yang merupakan titik paling dekat dengan Taiwan,  melihat tembakan roket dilepaskan pagi tadi sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan).

Sekurang-kurangnya 10 roket dilancarkan selang  beberapa saat yang menghasilkan  bunyi dentuman bergema di seluruh Pingtan.

Tidak lama selepas itu, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) berkata dalam satu kenyataan: “Pada jam 9:00 pagi, 30 Disember, PLA mengadakan latihan tembakan peluru hidup  jarak jauh di perairan utara Pulau Taiwan dan mencapai sasaran yang ditetapkan.”

Seorang diplomat kanan  China berkata hari ini bahawa Beijing akan ‘menentang keras’ penjualan senjata berskala besar AS kepada Taiwan.

“Sebagai tindak balas terhadap  provokasi berterusan oleh pasukan pro kemerdekaan di Taiwan dan penjualan senjata berskala besar AS kepada Taipei,  kami sudah tentu mesti menentang dengan tegas dan membalas dengan keras,” kata menteri luar Wang Yi dalam satu ucapan.

Beliau menambah, sebarang percubaan untuk menghalang penyatuan China dengan Taiwan ‘pasti akan berakhir dengan kegagalan’.

Kementerian pertahanan Taipei berkata hari ini bahawa pihaknya mengesan 130 pesawat tentera China berhampiran pulau itu dalam tempoh 24 jam lalu, serta 14 kapal tentera laut Beijing. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN