fbpx
Gambar hiasan.

Banyak rupanya nama kampung pelik-pelik di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Negeri Kedah bukan sahaja terkenal dengan jelapang padi dan keindahan alam semula jadi, malah turut mencuri perhatian ramai kerana mempunyai pelbagai nama kampung yang unik dan pelik.

Menerusi hantaran di kumpulan Facebook, Kedah Kini, pengendali laman tersebut meminta orang ramai menyenaraikan nama kampung di Kedah yang pelik serta jarang didengar di ruangan komen dan pertanyaan itu mendapat lebih 1,000 respons.

Antara nama kampung yang menjadi sebutan termasuk Kampung Seluar Terbakar di Ayer Hitam, Kampung Nako dan Kampung Naka Namboa, di Kuala Nerang, Kubang Rotan, Kampung Teluk Gelam di Jitra, Kampung Sungai Mati dan Kampung Paya Mat Insun di Pendang.

Selain itu, pengguna Facebook, Mamu Tabacco turut berkongsi dua kampung yang dirasakan mempunyai nama unik di Kedah.

“Kampung Paya Ketiu di Padang Serai dan Kampung Nisa,” katanya.

“Kampung Wang Tepus ada dekat Jitra, kreatif betul siapa yang pilih tu,” kongsi Azidan.

Sementara itu, Abd Ghafar juga meninggalkan komen dengan berkongsi nama Kampung Batu Seketul yang terletak di Sik, Kedah.

Menurut penduduk tempatan, nama-nama kampung tersebut kebanyakannya mempunyai sejarah tersendiri dan berkait rapat dengan peristiwa lama, keadaan geografi atau gelaran yang digunakan oleh penduduk terdahulu.

“Nama kampung ni mungkin kedengaran pelik, tapi sebenarnya ada cerita di sebaliknya. Ada yang diambil sempena pokok, haiwan, kejadian lama atau bentuk muka bumi,” kata Azlina Ahmad.

“Orang luar bila dengar memang gelak, tapi bagi orang Kedah, itu semua biasa saja, tapi kami bangga sebab dia unik dan tak ada di negeri lain,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN