fbpx
Anwar.

Anwar beri jaminan tindakan tegas hapuskan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Pasir Pelangi, Johor hari ini bagi mempersembahkan maklumat terkini berkaitan langkah tegas kerajaan membanteras rasuah yang didakwa masih menular di peringkat atasan pentadbiran.

Menurut Anwar, usaha memerangi rasuah merupakan antara dasar utama Kerajaan Madani yang memberi penekanan kepada tatakelola baik, ketelusan dan integriti dalam pentadbiran negara.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk salah guna kuasa dan amalan rasuah, walaupun ia melibatkan saki-baki pola budaya lama dalam sistem pentadbiran.

“Hasil siasatan badan-badan berkaitan menunjukkan kerajaan komited mengambil tindakan tegas tanpa mengira kedudukan atau latar belakang mana-mana individu,” katanya dalam satu sidang akhbar khas, sebentar tadi.

Anwar turut menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan tanpa sebarang ugutan atau tekanan daripada mana-mana pihak.

“Tidak kira kawan atau lawan, siasatan akan diteruskan. Ia boleh melibatkan pentadbiran kerajaan termasuk Pejabat Perdana Menteri, angkatan tentera serta parti-parti komponen dalam kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan tegas itu selaras dengan tekad kerajaan untuk memastikan dana dan hasil negara digunakan sepenuhnya bagi kepentingan rakyat, bukannya disalah guna untuk kepentingan peribadi atau kelompok tertentu.

Menurut Anwar, kerajaan akan terus memperkukuh sistem pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan agenda pembanterasan rasuah benar-benar memberi kesan kepada negara dan rakyat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI