fbpx
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 minggu. - Must Share News

Akaun bank tiba-tiba ada RM28,700, lelaki ‘joli sakan’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura dijatuhi hukuman penjara 12 minggu kerana enggan memulangkan wang lebih S$9,000 (RM28,400) yang secara tidak sengaja dipindahkan ke dalam akaun bank miliknya oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU), lapor laman berita Must Share News semalam.

Mohamed Basheer Hanif Mohamed, 27, membelanjakan wang itu untuk penginapan hotel dan perbelanjaan hariannya, demikian menurut kertas pertuduhan.

Pada 10 Nov 2023, seorang pegawai kewangan NTU berkata, universiti itu tersilap memindahkan wang sebanyak SG$9,087.04 (RM28,700) ke dalam akaun bank Basheer.

Pada hari sama, tertuduh menyedari jumlah wang dalam akaunnya  yang sebelum ini tidak mempunyai wang.

Dia tidak memaklumkan NTU atau pihak bank berhubung perkara itu, sebaliknya mengeluarkan dana tersebut untuk kegunaannya sendiri.

Pegawai kewangan NTU dan bank cuba menghubungi tertuduh beberapa kali mengenai kesilapan itu tetapi tidak berjaya, sehinggalah pda 21 Nov 2023, pegawai kewangan akhirnya menghubunginya melalui e-mel.

Bagaimanapun, tertuduh mendakwa dia tidak menyedari pemindahan itu dan memberitahu bahawa dia telah berhenti menggunakan akaun tersebut.

Dia juga enggan memberikan nombor telefon dan alamat terkininya apabila diminta, serta memberitahu pegawai kewangan itu untuk berhenti menghubunginya.

Semasa perbicaraan di mahkamah 26 Disember lalu, tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan penyelewengan dan tidak jujur.

Dia dijatuhi hukuman penjara 12 minggu selepas mengambil kira kesulitan kewangannya selain merupakan pesalah kali pertama. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI