fbpx
TANGKAP layar video tular kes pergaduhan di Lukut Port Dickson sehingga menyebabkan empat mangsa cedera termasuk kanak-kanak.

4 mangsa cedera, 9 lelaki ditahan kes gaduh di Lukut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seramai sembilan lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di Lukut, Port Dickson yang mengakibatkan empat mangsa cedera termasuk seorang kanak-kanak pada 27 Disember lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu ditahan di sekitar daerah Port Dickson sejak hari pertama kejadian sehingga semalam.

Alzafny berkata, dua suspek pertama ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian diikuti penahanan seorang lagi suspek berhampiran lokasi kejadian pada keesokan hari.

“Hari berikutnya, seramai enam suspek termasuk suspek utama telah ditahan, manakala seorang lagi suspek kini masih diburu bagi membantu siasatan.

“Sebahagian daripada suspek yang ditahan didapati mempunyai rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada pemberota di sini hari ini selepas Majlis Peluncuran Pasukan Tindak Balas Bencana Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polos Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.

Jelas Alzafny, empat individu mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut dengan seorang lelaki dilaporkan cedera parah akibat diserang dan kini menerima rawatan intensif.

“Seorang kanak-kanak yang merupakan anak kepada salah seorang mangsa turut cedera juga sedang dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil,” ujarnya.

Menurut beliau, kesemua mangsa bukan daripada satu keluarga, namun saling mengenali dan berada di kawasan berhampiran lokasi kejadian untuk makan.

Bagaimanapun, jelasnya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326/427 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini tular video memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang bergaduh di satu kawasan deretan kedai di Lukut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI