fbpx
Aliran trafik terkini di lebuh raya utama dilaporkan sesak dengan kenderaan.

[VIDEO] Trafik masih sesak di lebuh raya utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih bergerak perlahan sejak semalam sehingga petang ini susulan kerja penyelenggaraan, pembersihan jalan serta insiden kenderaan rosak.

Menurut kemas kini Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 1.02 tengah hari, trafik perlahan dikesan di beberapa lokasi Lebuh Raya Utara-Selatan di kedua-dua arah.

Bagi arah utara, trafik bergerak perlahan dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar susulan kerja penyelenggaraan yang menutup lorong kanan.
Kesesakan turut dikesan dari Tapah ke Gopeng akibat kerja pembersihan median.
Sementara itu, aliran trafik turut perlahan dari Bertam ke Sungai Dua, Permatang Pauh ke Perai, Persimpangan Juru ke Plaza Tol Juru serta Jawi ke Bandar Baharu.

Kesesakan turut dilaporkan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar susulan sebuah treler rosak di Kilometer (KM) 230 yang menghalang lorong kecemasan dan lorong kiri.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, trafik perlahan dikesan di Setia Tropika ke Pasir Gudang di kedua-dua arah.

Selain itu, kesesakan turut dilaporkan dari Senawang ke Port Dickson arah utara serta Simpang Renggam ke Kulai arah selatan akibat lori rosak yang menghalang lorong kiri di KM31.8.

Sementara itu, aliran trafik tinggi turut dikesan di Tambak Johor arah Johor Bahru ke Woodlands serta di Lebuh Raya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura dari Tuas ke Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar.

Di Lembah Klang, trafik perlahan dilaporkan di Lebuh Raya Elite dari USJ ke Shah Alam serta Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dari MRR2 ke Plaza Tol Gombak dan Gombak ke Genting Sempah susulan kerja penyelenggaraan.

Kesesakan turut dikesan di Lebuh Raya Damansara-Puchong dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN