fbpx
Tangkap layar kamera Awas yang berkelip tanpa henti di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di laluan Pagoh.

[VIDEO] ‘Jalan jem pun tak berhenti kelip’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rata-rata pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di laluan Pagoh, Johor, terkejut apabila kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) di kawasan itu dilaporkan berkelip tanpa henti sejak dua hari lalu.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @sandora_j, kamera Awas tersebut mengeluarkan ‘flash’ setiap kali kenderaan melepasinya.

Menurut beberapa pemandu yang melalui laluan tersebut, keadaan trafik ketika itu agak perlahan dengan majoriti kenderaan bergerak antara 60 hingga 80 kilometer sejam (km/j) sahaja.
Situasi itu menimbulkan tanda tanya sama ada kamera Awas tersebut mengalami kerosakan atau ramai pengguna lebuh raya berisiko dikenakan saman meskipun memandu di bawah had kelajuan yang ditetapkan iaitu 110 km/j.

“27 Disember, terkejut bila nampak kamera tu asyik berkelip walaupun saya pandu perlahan. Tertanya-tanya juga ini rosak ke atau betul-betul ada saman akan dikeluarkan?” kata seorang pemandu di ruangan komen hantaran tersebut.

Seorang lagi pemandu memberitahu, keadaan itu sedikit menimbulkan kebimbangan kerana tidak dapat memastikan sama ada sistem penguatkuasaan berfungsi seperti biasa atau berlaku gangguan teknikal.

“Aku pun kena semalam. Pandu 60km/j pun kena ambil gambar. Sedangkan jalan sesak bergerak perlahan,” kata @Prewel idup.

“Malam kelmarin jem pandu 20km/j pun kena bang,” kongsi pengguna @Caffè latte.

“Semalam pandu 60km/j pun berkelip-kelip. Dekat Pagoh. Tengok la dapat surat ke tak nanti tu,” kata @Pikah.

Walau bagaimanapun, setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

@sandora_jDah 2 hari Mau mau 70k gambar ada dalam galeri😂♬ Papa Zola OST – mus

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN