fbpx
Huzefa (empat dari kanan) bersama pengurusan kanan syarikat pada majlis penyampaian Anugerah Program CSR Terbaik yang dinobatkan kepada SHM Shipcare di Kuala Lumpur baru-baru ini.

SHM Shipcare terima anugerah Program CSR Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – SHM Shipcare Sdn. Bhd. (SHM Shipcare) telah menerima Anugerah Program CSR Terbaik bersempena Anugerah Perdana NGO Malaysia 2025, sebuah majlis berprestij yang dianjurkan oleh Yayasan Generasi Malaysia baru-baru ini.

Penyampaian anugerah tersebut adalah untuk mengiktiraf sumbangan cemerlang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi korporat dalam pembangunan sosial dan kesejahteraan komuniti.

Pengarah Eksekutif syarikat, Datuk Huzefa Zainuddin berkata, anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan SHM Shipcare dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang memberi impak positif dan mampan kepada komuniti.

Menurut beliau, pelaksanaan program tersebut meliputi aspek kebajikan sosial, pendidikan, kelestarian alam sekitar serta kerjasama strategik bersama badan bukan kerajaan (NGO).

“Pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat kepada SHM Shipcare untuk terus memperkukuh komitmen CSR, kami percaya bahawa pertumbuhan perniagaan yang kukuh harus berjalan seiring dengan tanggungjawab sosial dan sumbangan bermakna kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena penyampaian anugerah yang telah disempurnakan Yang di Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Mohd Ali Mohd Rustam di sini baru-baru ini.

Majlis ini turut menghimpunkan pemimpin NGO, wakil industri, tokoh masyarakat serta organisasi yang berkongsi aspirasi sama dalam memperkasa komuniti dan memupuk nilai keprihatinan sosial. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN