PETALING JAYA – Gamuda Land melalui penyedia segmen riadahnya, GL Play mengajak orang ramai untuk meraikan musim cuti ini dan kedatangan tahun baharu di FunPark, Sungai Buloh, Selangor.
Acara yang akan berlangsung sehingga 11 Januari tahun depan padat dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang untuk para pengunjung bagi meraikan detik-detik indah bersama keluarga dan insan tersayang.
Untuk makluman, FunPark di Gamuda Luge Gardens merupakan taman tema keluarga yang menawarkan pelbagai tarikan menarik seperti Jelly Cup Twist, Jump Shot, Ferris Wheel dan taman air mini Big Bucket Splash.
Lebih menarik, GL Play menawarkan promosi menarik dengan pembelian hanya RM1 untuk merasai Jingle Ride kali kedua bagi pengunjung walk-in.

Selain itu, pengunjung berpeluang meraikan kedatangan tahun baharu dengan lepak santai di Food Fiesta yang menawarkan 30 gerai makanan tempatan.
Pengunjung juga dapat menikmati acara hiburan menarik seperti sesi karaoke, ramah mesra dengan maskot serta persembahan kumpulan Masa Lagacy Band, Zazo Maulana, Keena Mentor, dan ramai lagi.
Pengurus Besar Kanan Riadah dan Hospitaliti Gamuda Land, Liong Ve Lyn berkata, pihaknya mengajak orang ramai untuk mengisi percutian masing-masing di destinasi menarik tersebut dengan rasa penuh kegembiraan, inklusif dan ceria.
“Pelbagai promosi menarik ditawarkan untuk Jingle Ride kami dan bersempena kedatangan tahun baru 2026, kami merancang sambutan yang meriah termasuk pertunjukkan bunga api yang bakal menerangi kawasan sekitar.
“Matlamat kami adalah untuk mencipta detik-detik indah dan bermakna bersama para pengunjung FunPark,” katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini. -KOSMO! ONLINE














