fbpx
Menggelar individu lain ‘anjing’ adalah satu kesalahan undang-undang. - Pembasmi Kehaluan

Masuk penjara 6 bulan jika panggil orang ‘anjing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Individu yang memanggil orang lain dengan gelaran ‘anjing’ berdepan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah (RM2,400), lapor laman berita Warta Lombok kelmarin.

Undang-undang baharu itu termaktub di bawah Kanun Jenayah (KUHP) terkini Indonesia yang membawa hukuman lebih berat berbanding sedia ada.

Berdasarkan KUHP lama Perkara 315, sebarang penghinaan yang disengajakan, sama ada secara lisan atau bertulis di khalayak ramai atau langsung kepada orang yang dihina, boleh dihukum penjara maksimum empat bulan dua minggu.

Bagaimanapun, peruntukan terkini yang akan berkuat kuasa mulai 2 Januari tahun depan merujuk kepada Perkara 436 KUHP.

Perkara itu menekankan bahawa penghinaan yang tidak termasuk fitnah, sama ada dilakukan secara lisan atau bertulis boleh diklasifikasikan sebagai penghinaan ringan.

Pelaku berdepan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum Kategori II, iaitu kira-kira 10 juta rupiah. Peruntukan ini terpakai untuk penghinaan langsung dan awam.

Menerusi undang-undang baharu itu, pemerintah berharap ia dapat mengurangkan bilangan kes buli dan menggalakkan pembentukan budaya pertuturan yang lebih sopan dalam kalangan masyarakat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN