fbpx
MACHUCA menjadi pemain termahal dalam skuad Harimau Malaya sebelum ini.

Pemain warisan sudah tidak ada nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KONTROVERSI melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya mencapai ‘titik terendah’ apabila nilai pasaran mereka dalam arena bola sepak antarabangsa ketika ini direkodkan sebagai tidak bernilai langsung.

Berdasarkan laman sukan terkemuka, Transfermarkt.com yang membuat kemaskini penilaian data pada awal bulan ini, tujuh pemain terbabit kini tiada nilai di pasaran susulan hukuman penggantungan yang sedang dijalani ketika ini.

Sebagai rekod, tujuh pemain warisan Harimau Malaya seperti Imanol Machuca, Joao Figueirido, Facundo Garces, Jon Irazabal, Rodrigo Holgado, Hector Hevel, Gabriel Palmero telah dihukum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen.

Machuca yang pernah menjadi pemain paling bernilai dalam kem Harimau Malaya dengan tanda harga sebanyak €2.5 juta (RM11.98 juta) dianggap antara yang terkesan walaupun mempamerkan prestasi yang positif ketika mewakili kelab Argentina, Velez Sarsfield tahun ini.

Penyerang berprofil tinggi, Joao Figueirido yang merupakan bekas pemain Istanbul Basaksehir yang kini mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT) turut kini dinilai ‘sifar’ oleh laman sukan tersebut.

Nasib sama turut menimpa pertahanan kental Harimau Malaya yang beraksi dengan kelab Alaves, Facundo Garces yang terpaksa akur dengan penilaian terbaharu meskipun tanda harganya pernah mencecah €2 juta (RM9.58 juta) awal tahun ini.

Jon Irazabal yang memiliki tanda harga sebanyak €600,000 (RM2.87 juta), Holgado (€450,000/RM2.16 juta), Hevel (€400,000/RM1.91 juta) dan Palmero (€50,000/RM239,000) juga antara yang terkesan selepas hilang nilai pasaran masing-masing.

Sebelum ini, kontrak pemain seperti Holgado dan Palmero telah ditamatkan lebih awal oleh kelab yang diwakili mereka manakala Machuca pula dihantar pulang oleh selepas enggan menyambung tempoh pinjaman sekali gus kembali bersama kelab Brazil, Fortaleza.

Buat masa ini, status Hevel, Figuerido dan Irazabal yang mewakili skuad Harimau Selatan masih selamat manakala pengurusan kelab Alaves juga memberi jaminan kepada Garces untuk menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Timbang Tara (CAS) nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN