SANYA, China, 29 Disember 2025 /PRNewswire/ — Maraton Hainan (Sanya) kali ke-7 telahpun bermula pada jam 7:00 pagi waktu tempatan bertarikh 28 Disember dari Pintu Selatan Sanya Beauty Crown. Acara ini menarik minat para atlet dari 19 negara dan wilayah di seluruh dunia, selain para peserta dari kesemua 34 wilayah dan kawasan peringkat wilayah di seluruh China, menjadikan jumlah pelari mencecah seramai 14,000 orang. Hampir 68 peratus peserta berkunjung dari luar Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan untuk turut bersaing.
Berlari sebagai Penemuan: Apabila Landskap Tropika Bertemu Watak Tempatan
Perlumbaan pada tahun ini mengekalkan reka bentuk laluan utamanya, bermula di Pintu Selatan Sanya Beauty Crown, dengan maraton penuh berakhir di Sanya Bay Coastal Park manakala separuh maraton tamat di Kawasan Pemandangan Tianya Haijiao. Laluan ini merentas kawasan utama bandar pesisir Sanya. Selain perlumbaan maraton penuh dan separuh maraton individu, acara ini turut melibatkan pertandingan berpasukan dan kategori pasangan "Berlari Bergandingan Tangan ke Tianya Haijiao ". Jumlah dana anugerah mencecah lebih 500,000 yuan dan diagihkan dalam enam kategori bagi penempatan individu, rekod laluan, atlet berpangkalan di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, pasangan, pasukan serta persembahan penting yang lain.
Langkah-langkah keselamatan yang meluas turut dilaksanakan dengan membawakan seramai 253 kakitangan perubatan, 100 unit defibrilator luaran automatik (AED), 26 ambulans dan tiga hospital yang ditetapkan, lalu membentuk sistem tiga peringkat yang terdiri daripada khemah perubatan tetap, rondaan bergerak dan liputan laluan. Lebih daripada 3,500 orang kakitangan mengurus operasi hal keselamatan dan perlumbaan, disokong oleh stesen penghidratan dan kemudahan bergerak sepanjang laluan.
Membina Komuniti Sukan Terhubung
Keterlibatan digital merupakan ciri utama bagi maraton pada tahun ini. Pihak penganjur mengeluarkan 30,000 pingat kenang-kenangan digital edisi terhad yang setiap satu daripadanya dijamin oleh teknologi blok rantai, menawarkan peserta dengan rekod kekal yang boleh disahkan. Pelari boleh menuntut pingat mereka melalui perkhidmatan Jingtan dan Ledongli daripada Alipay. Sebuah perlumbaan maya sertaan turut dianjurkan di Alipay, DingTalk dan Amap yang menjana purata 4 juta impresi harian dan menarik lebih 27,000 peserta, menghubungkan pertandingan fizikal dengan penyertaan digital.
Yang Yong, Pengurus Besar Acara dan Pengkomersialan di rakan kongsi acara Orange Lion Sports (dahulunya Alibaba Sports), berkata, "Maraton ini menyokong pertumbuhan Hainan sebagai destinasi pelancongan dan pengguna antarabangsa. Dengan menghubungkan sumber merentas ekosistem Alibaba, kami memperluas jangkauan acara ini dan menyatukan komuniti pelari global—baik di lapangan mahupun dalam talian—melalui pengalaman digital bersepadu. Kita beriringan meraikan aktiviti larian dan mengukuhkan daya tarikan Sanya sebagai destinasi sukan dan pelancongan."
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4854064_MS54064_6















