fbpx
Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara setakat pukul 6.01 petang, hari ini.

Masih ramai belum sampai rumah dari kampung, bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hampir semua lebuh raya utama negara dilaporkan sesak petang ini dengan orang ramai masih dalam perjalanan pulang ke destinasi masing-masing selepas bercuti panjang sempena Krismas dan cuti hujung tahun.

Menurut Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), setakat pukul 6.01 petang tadi, kenderaan di beberapa lokasi utama masih bergerak perlahan.

Antara laluan yang terjejas di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Slim River ke Sungkai, Changkat Jering ke Taiping, Bukit Merah ke Bandar Baharu dan Jawi ke Bandar Cassia. Arah selatan pula membabitkan lokasi di Permatang Pauh ke Perai, Persimpangan Juru ke Plaza Tol Juru dan Sungai Perak ke Terowong Meru.

Trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dari Kota Damansara ke Subang dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah barat melibatkan Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak.

Di Johor, Tambak Johor mencatat aliran perlahan di kedua-dua arah antara Johor Bahru dan Woodlands, manakala Lebuh Raya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura pula mengalami kesesakan dari Tuas ke Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Di Lembah Klang, beberapa lebuh raya merekodkan kesesakan susulan pertambahan kenderaan yang memasuki ibu negara antaranya Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

Selain itu, aliran trafik turut dilaporkan bergerak perlahan di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) dan Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) khususnya di Subang, Kinrara, Puchong, Sunway dan Bukit Jelutong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN