fbpx
Seorang lelaki didenda RM2,000 di Mahkamah Majistret Tampin hari ini atas pertuduhan menggunakan MyKad milik orang lain di sebuah stesen minyak di Gemencheh, baru-baru ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

Lelaki guna MyKad orang lain tebus Budi95 didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman denda RM2,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan MyKad milik orang lain di sebuah stesen minyak di Gemencheh, baru-baru ini.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, Abdullah Ayub, 42, mengaku bersalah sebaik pertuduhan berkenaan dibacakan.

Majistret turut menetapkan hukuman enam bulan penjara dari tarikh tertuduh ditangkap sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.
Tertuduh dihadapkan dengan pertuduhan di bawah Peraturan 25(1)(o) Peraturan Peraturan Pendaftaran 1990 (Pindaan 2007). Pendakwaan dijalankan oleh Mazrul Azli Matrus, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, media melaporkan Bahagian Penguatkuasaan (BSK) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya telah menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki menggunakan MyKad milik orang lain bagi menebus bantuan program Budi Madani RON95 (Budi95) di sebuah stesen minyak di Gemencheh.

Tangkapan dibuat susulan aduan daripada pemilik sebenar MyKad selepas mendapati berlaku penebusan Budi95 tanpa pengetahuannya.

Lelaki berkenaan ditahan di sebuah Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru, Sungai Lerek pada pukul 12.00 tengah hari, 26 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN