fbpx
GAMBAR fail beberapa orang menunggang basikal di London. - Foto AFP

Kumpulan berbasikal tanpa seurat benang upah ‘bodyguard’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Aktivis-aktivis kempen berbasikal tanpa berpakaian di Britain mengupah pengawal keselamatan susulan penentangan orang ramai terhadap mereka, lapor laman berita MailOnline.

Kumpulan berbasikal yang menentang penggunaan kenderaan bermotor dan mempromosikan penerimaan masyarakat kepada tubuh badan tanpa pakaian itu berkata, mereka bimbang masa depan acara tersebut di Britain.

Ini kerana kumpulan itu berdepan dengan peningkatan risiko permusuhan daripada orang awam yang semakin kurang bertoleransi terhadap mereka yang berbogel.

Perkembangan itu menyusul satu kejadian serangan pada tahun ini terhadap seorang lelaki bogel di Essex yang ditumbuk sehingga terjatuh dari basikal semasa acara tahunan kumpulan berkenaan.

Robert Brown, 59.  diserang oleh seorang pekerja pembersihan ketika menyertai acara World Naked Bike Ride di Colchester, Essex, pada 9 Ogos lalu.

Dia disalah anggap sebagai seorang lelaki ‘gila seks’.

Wakil penganjur acara itu memberitahu akhbar Times: “Kami juga semakin banyak menggunakan khidmat pengawal keselamatan profesional yang kini menjadi kos terbesar kami. 

“Peranan mereka adalah untuk meningkatkan keselamatan dan tingkah laku, baik untuk para penunggang mahupun penonton. Mereka meronda kawasan permulaan, penamat dan tempat rehat, selain turut mengiringi peserta sepanjang acara berlangsung.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN