fbpx
ANGGOTA tentera dan penyelamat berada di lokasi sebuah kereta api tergelincir di Nizanda, negeri Oaxaca semalam. – AFP

Kereta api tergelincir ragut 13 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA MEXICO – Sebuah kereta api membawa 250 orang di Mexico tergelincir dari landasan  semalam, mengakibatkan 13 orang terbunuh dan 98 yang lain cedera, kata beberapa  pegawai.

Kereta api  itu terkeluar dari landasan semasa perjalanan di negeri Oaxaca, selatan Mexico, kata tentera laut yang mengendalikan laluan tersebut.

Tentera Laut Mexico mulanya melaporkan bahawa 20 orang cedera, tetapi beberapa jam kemudian menyatakan, angka kecederaan meningkat kepada 98 dengan 13 mangsa terbunuh.

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata, beliau telah mengarahkan setiausaha tentera laut dan pegawai kanan lain untuk pergi ke lokasi kejadian bagi membantu keluarga mangsa yang terjejas.

Menurut Pejabat Peguam Negara Mexico, pihaknya membuka siasatan untuk mengenal pasti  punca kemalangan. Kereta api itu bergerak antara Teluk Mexico dan Lautan Pasifik dengan  membawa penumpang serta kargo.

Laluan itu dirasmikan pada 2023 sebagai projek infrastruktur utama di bawah presiden ketika itu, Andres Manuel Lopez Obrador untuk membangunkan tenggara Mexico.

Pada 20 Disember lalu, sebuah tren di laluan sama bertembung dengan lori kargo yang cuba melintasi landasan, namun insiden tidak mengakibatkan sebarang kematian. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN