fbpx
ODEGAARD meledak gol pembukaan Arsenal ketika mereka menewaskan Brighton kelmarin. - FB ARSENAL

EPL: Trend Arsenal resahkan Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa pasukannya untuk memberikan aksi lebih mantap untuk memudahkan mereka ‘membunuh’ aksi lebih awal dalam setiap perlawanan yang mereka harungi.

Pada perlawanan kelmarin, The Gunners berjaya meraih kemenangan 2-1 menewaskan Brighton di Emirates, namun aksi yang dipamerkan agak goyah dan hanya mengharapkan jaringan sendiri pemain lawan untuk meraih kemenangan.

Pada perlawanan itu, Martin Odegaard membuka tirai jaringan sebelum Georginio Rutter yang tertampan bola ke gawang sendiri memberikan Arsenal kedudukan selesa, namun mereka gagal mempertahankan gawang apabila Brighton meraih gol sagu harti menerusi Diego Gomez.

Arsenal perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka, David Raya yang berjaya menyelamatkan peluang terbaik Brighton menerusi Yankuba Minteh pada minit ke-76 untuk mengelak mereka tercicir mata penuh.

“Kami kerap bolos pada lewat permainan, sama juga ketika menentang Crystal Palace (Piala Liga Inggeris). Namun, kami boleh menjadikannya perkara normal jika mampu mengekalkan tahap konsisten sehingga wisel penamat.

“Kami perlu menjadi lebih baik dengan cara kami untuk berdepan situasi bolos pada lewat permainan. Kami semua sangat ‘gilakan’ kemenangan dan saya tidak mahu terlepas kelebihan yang kami sudah miliki.

“Pasukan perlu terus menjaringkan gol dan menunjukkan permainan terbaik kerana itu adalah kekuatan kami. Jika pasukan lawan menjaringkan gol kedua, kami akan menjaringkan gol ketiga, itu adalah cara kami beraksi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN