fbpx
Keadaan kenderaan Toyota Avanza yang merempuh sebatang tiang elektrik sehingga mengorbankan dua lelaki di KM3, Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Dungun hari ini. Foto oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN / KOSMO!

Dua pekerja kontrak maut, Toyota Avanza rempuh tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Dua pekerja kontrak sebuah syarikat pendawaian elektrik termasuk seorang warga asing maut setelah kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Avanza dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Paka, di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.30 pagi itu, kedua-dua mangsa, Muhammad Asyraf Mohd. Zahir, 21, dan Siraj Noman, 27, yang merupakan warga Pakistan meninggal dunia akibat kecederaan pada beberapa bahagian badan.

Enam rakan sekerja lain cedera yang turut menaiki kenderaan sama pula mengalami kecederan. Sewaktu kejadian, kenderaan Toyota Avanza dinaiki lapan mangsa tersebut dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di Kampung Santong dari pusat bandar Paka di sini.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh sebatang tiang elektrik yang terdapat di tepi jalan.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Terengganu, Rohaya Jamil berkata, enam mangsa yang tercedera berjaya dikeluarkan daripad kenderaan yang remuk dengan bantuan pengguna jalan raya lain.

“Dua mangsa yang tersepit pula dikeluarkan anggota bomba bertugas dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN