fbpx
GAMBAR HIASAN

Bekas menteri dirakam keterangan, disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah wang kira-kira RM5 juta serta kereta mewah melibatkan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.

Menurut sumber, berdasarkan maklumat diterima SPRM, bekas Menteri berkenaan telah menerima wang tersebut daripada satu syarikat pemaju manakala kereta mewah berjenama Lamborghini pula diterima daripada satu syarikat pembuat papan iklan.

“Bekas Menteri berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini bagi dirakam keterangan dan siasatan sedang diperingkat untuk mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.

“Bagi kes tanah pula, siasatan awal mendapati tanah-tanah yang sebelum ini digazetkan untuk pembinaan surau telah dipindah milik kepada satu syarikat proksi,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, seramai 16 saksi terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemlik syarikat telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan terhadap kedua-dua kes berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan satu kertas siasatan terhadap penerimaan rasuah melibatkan bekas Menteri berkenaan telah dibuka di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“Buat masa ini tiada sebarang sitaan aset atau pembekuan akaun dilakukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN