fbpx
SEORANG suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pengerang, Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan mencuri duit simpanan ibunya sendiri RM130,000, Ogos lalu. Foto oleh MASTURAH SURADI / KOSMO!

Anak didenda kebas duit simpanan ibu RM130,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang suri rumah dikenakan denda RM35,000 oleh Mahkamah Majistret Pengerang di sini hari ini atas pertuduhan mencuri wang simpanan ibunya termasuk duit Tabung Haji RM130,000, Ogos lalu.

Hakim Hidayatul Syuhada Shamsudin menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Norhasikin Abu Bakar, 31, selepas membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mahkamah turut memerintahkan Norhasikin dipenjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, suri rumah itu didakwa telah mencuri wang sebanyak RM100,000 mengunakan aplikasi THiJARI milik ibunya yang berusia 67 dengan niat mencuri wang tersebut bagi tujuan peribadi.
Sementara pertuduhan kedua pula, dia didakwa telah mencuri wang sebanyak RM30,000 mengunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Islam milik ibunya dengan niat mencuri wang tersebut bagi tujuan peribadi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada tarikh dan waktu yang sama bertempat di Bank Islam cawangan Bandar Penawar dan didakwa dibawah seksyen yang sama.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman yang ringan kerana tidak mempunyai pendapatan, manakala suaminya yang bekerja juga tidak mempunyai pendapatan tetap.

Pegawai Pendakwa Inspektor Nor Ayu Hidayah Mohd Safri bagaimanapun memohon hukuman setimpal memandangkan kerugian RM130,000 itu dialami oleh ibu kandung tertuduh sendiri yang mana wang berkenaan belum diperoleh semula warga emas berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI