fbpx

Tak mengapa dik, nak panggil saya nenek pun boleh – Sheila Rusly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon dan penerbit drama popular, Sheila Rusly berkongsi momen lucu apabila secara spontan dipanggil ‘mak cik’ oleh seorang remaja ketika sedang beratur di sebuah kaunter pembayaran, baru-baru ini.

Ujar Sheila, 54, remaja terbabit secara tidak sengaja memanggilnya ‘mak cik’ untuk memaklumkan kaunter lain telah dibuka bagi mempercepat urusan pembayaran.

“Masa beratur dekat kaunter tadi, ada seorang budak remaja dengan mak dia depan saya.

“Tiba-tiba budak itu panggil, ‘makcik, makcik, kaunter sebelah kosong’,” kongsinya dalam Threads.

Pun begitu, pelakon filem Pontianak Menjerit itu berkata, ibu remaja berkenaan dilihat kurang senang dengan panggilan tersebut lalu menegur anaknya supaya menggunakan panggilan ‘aunty’ sebagai ganti.

“Saya senyum saja dan cakap tak mengapa. Nak panggil nenek pun boleh. Tapi lepas saya dah bayar, mak dia masih marah dan pesan lain kali panggil ‘aunty’.

“Aunty dengan mak cik tu kan sama saja,” tulisnya berseloroh.

Perkongsian itu pantas mengundang reaksi netizen apabila rata-rata terhibur dengan sikap tenang serta terbuka isteri kepada pengarah Jinggo itu menerima situasi berkenaan tanpa melatah atau tersinggung.

“Kelakar tapi matang, tak semua orang boleh terima perkara kecil macam ni dengan hati terbuka.

“Sheila memang sporting, panggilan tu tak menentukan nilai seseorang.

“Saya pun selalu kena panggil makcik walaupun rasa muda lagi,” demikian antara komen netizen.

Malah, ada juga netizen berkongsi pengalaman hampir sama apabila berdepan situasi dipanggil dengan gelaran tertentu di tempat awam, namun memilih untuk mengambilnya secara positif dan berlapang dada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN