fbpx
Muhammad Kifli menunjukkan nombor plat bersaiz kecil dan mengelirukan yang disita JPJ dalam operasi di sekitar ibu negara, malam tadi.

Tiada kompromi kesalahan plat ‘fancy’, naik mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran keras kepada pemilik kenderaan yang masih berdegil menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ atau ekstrem sehingga mengelirukan.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya tidak berkompromi terhadap kesalahan tersebut dan sudah membawa beberapa kes ke mahkamah selepas mendapatkan pandangan Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Beliau berkata, pemilik kenderaan yang didapati mempamerkan nombor pendaftaran mengelirukan boleh dikenakan denda minimum RM5,000 dan maksimum sehingga RM10,000.

“Kebelakangan ini kita mengesan banyak motosikal dan kereta menggunakan nombor pendaftaran ekstrem sehingga menyukarkan pengecaman serta mengelirukan agensi penguat kuasa lain.

“Tindakan undang-undang akan terus diambil mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya pada sidang akhbar selepas Ops Pelbagai JPJ Kuala Lumpur di Jalan Ampang, di sini, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN