fbpx
SKUAD takraw negara melakar kenangan manis pada temasya Sukan SEA selepas membawa pulang dua pingat emas.

Skuad takraw perlu merendah diri, tidak leka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASUKAN sepak takraw negara diberikan peringatan supaya tidak mudah berasa selesa meskipun berjaya menamatkan kemarau pingat emas selama 34 tahun dalam acara regu berpasukan lelaki pada temasya Sukan SEA.

Amaran itu dilaungkan ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Ahmad Jais Baharun yang meminta pemain-pemain supaya kekal merendah diri selain memberikan sepenuh fokus kepada saingan 2026 yang dijangka lebih mencabar.

Beliau berkata, banyak kejohanan penting akan berlangsung tahun depan dengan fokus utama beliau adalah untuk memastikan Malaysia dapat memecahkan dominasi Thailand di temasya Sukan Asia.

“Saya sentiasa mengingatkan pemain-pemain supaya jangan leka dan bangga diri kerana kita masih perlu bekerja keras. Tugasan pada tahun 2026 akan lebih sukar dan mencabar kerana banyak kejohanan penting.

“Kita akan ada saingan Piala Dunia, Piala Raja Thai selain KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) utama kita adalah di Sukan Asia nanti. Semua pemain perlu lebih fokus dan bersedia nanti,” katanya.

Terdahulu, Malaysia menamatkan kemarau selama 34 tahun bagi memenangi pingat emas regu berpasukan lelaki di Sukan SEA selepas menewaskan tuan rumah edisi ke-33, Thailand 2-1 pada perlawanan akhir.

Sementara itu, beliau turut menegaskan, pencapaian pasukan lebih menjadi keutamaan berbanding mengejar kepuasan peribadi bagi melengkapkan gelaran sebagai jurulatih pada Sukan Asia 2026 di Jepun nanti.

“Kejayaan pasukan adalah jauh lebih penting daripada pencapaian peribadi. Untuk mencapai kejayaan itu, ia memerlukan pengorbanan cukup besar daripada pemain dan pegawai, sekali gus membina keyakinan pihak luar,” ujar Ahmad Jais.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN