fbpx
Abdul Hadi

Jawatan, projek punca krisis politik Perlis – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa krisis politik di Perlis berpunca daripada sikap segelintir pihak yang menuntut jawatan.

Beliau mendakwa, krisis tersebut turut berpunca daripada desakan supaya projek-projek besar diluluskan tanpa mematuhi peraturan.

Dakwanya, desakan itu malah disertai unsur penyelewengan dan rasuah menyebabkan Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli yang enggan tunduk dizalimi.

“Jawatan adalah amanah. Dalam Islam, orang yang meminta jawatan tidak boleh diberi dan bukan semua boleh diberi jawatan. Ini prinsip yang jelas.

“Ada tekanan berkaitan projek yang tidak ikut peraturan. Menteri Besar kita tidak boleh ikut perkara yang salah,” katanya pada satu sidang media baru-baru ini.

Krisis di Perlis tercetus ekoran gerakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan tiga ADUN Pas menarik sokongan terhadap Mohd. Shukri.

Berikutan itu, Pas mengambil tindakan menggugurkan keahlian parti tiga ADUN Pas terbabit.

Abdul Hadi berkata, Mohd. Shukri terpaksa berdepan dengan tekanan itu walau pentadbirannya diterima rakyat serta dilihat memerintah dengan adil dan berintegriti.

Bagaimanapun, beliau mengakui Mohd. Shukri memang menghadapi masalah kesihatan dari sebelum pilihan raya.

“Kita lantik sebab beliau masih layak jadi Menteri Besar dan pentadbiran tiga tahun berlangsung dengan molek (baik),” katanya.

Justeru, katanya, Pas bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Negeri (PRN)

Dalam pada itu, katanya, tindakan tiga ADUN Pas terbabit merupakan kesalahan besar kerana terdapat baiah tidak boleh melawan arahan parti kecuali arahan bercanggah dengan hukum Islam.

“Ramai orang simpati dan kita (Pas) ada dua nama untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Perlis baharu yang kita telah kemukakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN