PASIR PUTEH – Pertandingan memancing bukan sahaja menguji kesabaran tetapi membuatkan orang ramai menghargai alam sekitar melalui hobi yang mendatangkan rezeki berganda. Penganjur memancing tali air di Mak Mayong di sini, Azhar Taib, 52, berkata, pertandingan diadakan setiap Jumaat sejak Jun 2022 itu sering menjadi tumpuan ribuan kaki pancing ikan keli. “Idea tercetus ketika saya dan dua rakan membersihkan tali air milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sepanjang lebih 100 meter itu. Pertandingan pernah menawarkan hadiah paling tinggi iaitu RM25,000. “Pada……














