fbpx
GAMBAR fail Prasit Jeawkok. - Foto The Nation

Ahli perniagaan dihukum penjara lebih 1,200 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Mahkamah Jenayah Thailand menjatuhkan hukuman bersejarah terhadap ahli perniagaan, Prasit Jeawkok dengan tertuduh dihukum penjara selama 1,210 tahun kerana menipu orang ramai menerusi skim pinjaman haram, lapor portal berita Bangkok Post hari ini.

Pendakwa raya daripada  Bahagian Jenayah Ekonomi dan Sumber mengemukakan kes penipuan terhadap syarikat Nuea Lok Co. Ltd. Web Sawasdee Public Co. Ltd., Prasit dan  seorang rakan sekerjanya.

Semua tertuduh didakwa melakukan penipuan, melanggar Akta Peminjaman Awam dan melanggar Akta Jenayah Komputer dengan memperdaya orang ramai untuk menyertai pelaburan palsu.

Mahkamah mendapati Prasit dan kedua-dua syarikat tersebut bersalah atas pelbagai pertuduhan penipuan dan peminjaman secara haram.

Prasit disabitkan kesalahan atas 242 pertuduhan, dengan setiap satu membawa hukuman lima tahun penjara, menjadikan jumlah hukuman penjara keseluruhan 1,210 tahun. 

Syarikat-syarikatnya masing-masing didenda 121 juta baht (RM16 juta).

Namun, denda itu dikurangkan kepada kira-kira 80 juta baht (RM10 juta) selepas kerjasama separa diberikan. 

Hukuman Prasit turut dikurangkan kepada 806 tahun dan lapan bulan.

Seorang lagi tertuduh yang  dikenali sebagai Wimgrit didapati bersalah membantu skim tersebut. Dia dihukum penjara selama 111 tahun dan 148 bulan, 

Hukuman itu kemudian dikurangkan kepada penjara 74 tahun, lapan bulan dan 29 hari.

Bagaimanapun, di bawah undang-undang Thailand, tempoh maksimum hukuman penjara yang boleh dikuatkuasakan ialah 20 tahun, bermakna  Prasit serta Wimgrit masing-masing hanya akan menjalani hukuman 20 tahun penjara. 

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua syarikat dan Prasit untuk bersama-sama membayar pampasan kepada 267 mangsa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI