fbpx
Gambar hiasan.

Hujan berterusan di Pantai Timur, Johor sehingga Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa negeri sehingga Isnin ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat tahap buruk (jingga) dijangka melanda Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin manakala Johor di Mersing.

MetMalaysia turut memaklumkan hujan tahap waspada (kuning) turut melibatkan seluruh Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini.

“Amaran sama turut dikeluarkan di Pahang melibatkan Jerantut, Maran dan Bera serta Johor di Segamat, Kluang dan Kota Tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI