fbpx
PU Amin (kiri) menegaskan kandungan berunsur paranormal atau aktiviti ‘pemburu hantu’ boleh memberi kesan buruk kepada pemikiran masyarakat serta mencemarkan kesucian agama Islam.

‘Hentikan konten syirik, ustaz bukan mainan, kuli halau hantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti PU Amin menegaskan kandungan berunsur paranormal atau aktiviti ‘pemburu hantu’ boleh memberi kesan buruk kepada pemikiran masyarakat serta mencemarkan kesucian agama Islam.

Tegas PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 35, ayat ruqyah juga tidak sepatutnya digunakan bagi tujuan menghalau hantu.

“Sampai bila Malaysia perlu dan boleh terima kandungan paranormal cari hantu ini.

“Sama ada untuk lawak atau serius, benda ini tak boleh wujud, merosak akal dan mencalar maruah agama.

“Konsep ruqyah bukan untuk halau hantu tapi amalan nak dekatkan diri dengan Allah,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, PU Amin menggesa pencipta kandungan berunsur syirik dihentikan segera selain menegaskan peranan ustaz tidak seharusnya diperalatkan demi tontonan semata-mata.

“Berhentilah kandungan syirik cari hantu. Ustaz, agama dan ruqyah bukan gajet dan alat untuk halau hantu.

“Pemikiran sesat macam ini kena betulkan segera. Buat program hantu tak perlu sediakan ustaz.

“Ustaz bukan mainan dan kuli halau hantu, ruqyah bukan jampi serapah. Yang kena hentikan adalah kandungan cari hantu yang syirik ini,” ujarnya lagi.

Teguran Pu Amin dibuat berikutan aktiviti paranormal yang diterajui pengacara Roslan Shah selepas didakwa ada insiden merasuk melibatkan suami kepada ushawan sensasi Bonda Rozita, semalam.

Sebelum ini, Roslan menerajui aktiviti paranormal yang dinamakan Night Walk terbitan MBK Film Studio sejak beberapa bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN