fbpx
Tangkap layar video tular banjir kilat di kawasan Rumah Rakyat Gemas petang tadi.

Gemas dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

TAMPIN – Hujan berterusan dan kadangkala lebat sejak malam semalam mengakibatkan banjir di beberapa jalan utama serta penempatan di Gemas.

Difahamkan, banjir kilat mula melanda sejak pukul 3.30 petang tadi menyebabkan jalan bersempadanan antara Gemas, Negeri Sembilan dan Segamat, Johor tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Menurut Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd. Isa, setakat pukul 9 malam, dipercayai kira-kira 50 buah rumah di Rumah Rakyat Gemas terjejas akibat banjir kilat itu.

“Pemantauan masih diteruskan oleh agensi berkaitan dan langkah berjaga-jaga turut diambil. Namun, situasi masih terkawal dan trend air di kawasan Gemas juga semakin menurun.

“Sementara itu, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh pula, banjir kilat berlaku di kawasan Air Kuning Selatan. Persiapan untuk membuka pusat pemindahan sementara (PPS) di lokasi berkenaan telah dibuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN